Friday 23 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual


CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2.

Kelas    : Tahun 2                                                                Masa    : ( 60 minit )                                           Minggu : 1
Bidang  : Menggambar                                                         Tema    : Objek Buatan Manusia.
Tajuk     : Rumahku.                                                             Aktiviti  : Lukisan.



Standard Pembelajaran


:
1.1. Persepsi Estetik
1.1.1.     Unsur seni:
1.1.1.1.  Garisan
1.1.1.2.  Rupa
1.1.1.3.  Bentuk
1.1.1.4.  Warna-primer dan sekunder

1.1.2.     Prinsip rekaan:
1.1.2.2. imbangan
1.1.2.3. kepelbagaian
1.2. Aplikasi Seni
1.2.1.     Media:
1.2.1.1.  Alat
1.2.1.2.  Bahan

1.2.2.1. teknik

1.3. Ekspresi Kreatif
1.3.1.
1.3.2.
1.3.3.


1.4. Apresiasi Seni
1.4.1.
1.4.2.


Objektif Pembelajaran
:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1.     Mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam membuat lukisan.
2.     Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya.
3.     Menghasilkan lukisan yang menarik dengan menggunakan bahan yang disediakan.
4.     Dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan.

Aktiviti P & P
:

1.     Guru menunjukkan contoh hasil karya dan bersoal jawab dengan murid.
2.     Guru menunjuk cara.
3.     Murid menghasilkan karya dengan bimbingan guru.
4.     Murid mempamerkan dan menyatakan hasil karya mereka.
EMK
:
Keusahawanan, kreativiti, TMK dan nilai murni.
Bahan Bantu Belajar

:
Contoh : hasil karya.
Media  : kertas lukisan, pensel, dan pensel warna.
Penilaian P & P

:
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti melukis gambar berdasarkan empat standard kandungan.

Refleksi

:
Pada akhir pembelajaran  :
....... murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan ....... murid yang tidak mencapai objektif akan diberikan bimbingan khas sebelum sesi pembelajaran yang akan datang.


CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN1
Mata Pelajaran dan Kelas
:
Dunia Seni Visual (1 Cerdas)
Bidang
:
Menggambar : Lukisan
Tema dan Tajuk
:
Alam Benda : Rumah
Masa
:
60 minit
Standard Pembelajaran
:
1.1 Persepsi Estetik
1.1.1 Unsur Seni
1.1.1.1, 1.1.1.2, 1.1.1.3
1.1.2 Prinsip Rekaan
1.1.2.1
1.2 Aplikasi Seni
1.2.1 Media
1.3 Ekspresi Kreatif
1.3.1, 1.3.2
1.4 Apresiasi Seni
1.4.1, 1.4.2, 1.4.3
Objektif Pembelajaran
:
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1.   Memahami dan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam lukisan.
2.   Menghasilkan lukisan yang baik dan menarik menggunakan media yang betul.
3.   Membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari.
Aktiviti P&P
:
1.   Murid membuat penerokaan jenis-jenis garisan menggunakan media

yang ditetapkan.

2.   Murid menghasilkan lukisan menggunakan garisan selari dan melengkung.
3.   Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan dan menceritakan pengalaman mereka ketika melakukan aktiviti.
EMK
:
Kreativiti, keusahawanan, nilai murni
Bahan Bantu Mengajar
:
1.   Contoh :  garisan, rupa, lukisan (garisan), dan gambar rumah

2.   Media  : Kertas lukisan, pensel warna, pensel HB, dan pensel 2B
Penilaian P&P
:
1.   Proses kerja semasa membuat penerokaan dan penghasilan lukisan
Refleksi
:
Pada akhir pembelajaran:

1.    40 daripada 45 orang murid dapat mengenal dan menggunakan bahasa seni visual dalam lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan media yang ditetapkan.
2.   40 daripada 45 orang murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual yang dipelajari.
3.   Bagi murid yang tidak mencapai objektif, bimbingan khas akan diberi dalam sesi pembelajaran yang akan datang.



7 comments: