Sunday, 28 October 2012
Teknik Resis
Teknik Resis: Catan dengan lilin
Kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah.
Resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang keperingkat warna gelap.
Resis sangat penting untuk dipelajari di sekolah rendah kerana melalui resis murid dapat murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.Selain itu murid juga dapat menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan resis. Melalui kegiatan resis juga murid dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual. Teknik resis yang pelbagai serta penggunaan pelbagai bahan mampu menarik minat murid untuk belajar. Ini sekaligus dapat meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam kegiatan seni visual.
Teknik resis juga membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja. Dengan mempelajari semua ini,murid dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan seterusnya dapat membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Di sini murid dapat menghayati nilai-nilai estetik yang ada dalam sesuatu hasil kerja.

Di bawah ini adalah hasil karya murid Tahun 5
Nota Seni
ASAS SENI REKA
A. UNSUR SENI
1. Garisan
- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu
- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
Contoh-contoh Garisan
Contoh-contoh Garisan
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.
Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam
menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala
seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki
dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam
Teknik Tiupan
MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 8 (TIUPAN)
Bidang : Mencorak dan Membuat Rekaan
Tajuk : Corak Tidak Terancang
Aktiviti : Tiupan
Alat Dan Bahan : Kertas Lukisan, Berus, Warna Poster, Penyedut Minuman.
Penerangan : Murid diminta menghasilkan corak dengan teknik tiupan.Murid
Tajuk : Corak Tidak Terancang
Aktiviti : Tiupan
Alat Dan Bahan : Kertas Lukisan, Berus, Warna Poster, Penyedut Minuman.
Penerangan : Murid diminta menghasilkan corak dengan teknik tiupan.Murid
menghasilkan corak sendiri.
Apakah itu Teknik TIUPAN ?
Teknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan
angin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang)
kitan juga boleh menjadikan teknik ini sebagai menggambar.
Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan yang lain digunakan asalnya dapat
digunakan untuk meniup atai tiupan mulut. Kemudian warna yang diletakkan diatas sekeping
kertas ditiup ke arah yang dikehendaki.
Teknik Kolaj
MENGGAMBAR 2 (KOLAJ)
Bidang : Menggambar
Tajuk : Hiawan (Dari Bentuk Geometri)
Aktiviti : Guntingan dan Tampalan
Alat Dan Bahan : Kertas Lukisan, Gunting, Gam, Kertas Warna .
Penerangan : Murid diminta menghasilkan gambar dari bentuk-bentuk geometri.
Apakah itu KOLAJ?
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam , tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Ia merupakan satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau cetakan majalah disusun dan ditindih. Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat di satu pemukaan khas disebut kolaj. Ia adalah satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.
Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada imej atau gambar yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Ia adalah satu teknik menggambar di mana foto,keratin akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dolekat dan disatukan di atas permukaan.
Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara “superimpose” di antara satu sama lain. Kolaj ialah satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. Satu susunan objek dan bahan diatas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
Add caption |
Add caption |
Saturday, 27 October 2012
Warna
Warna terbahagi kepada tiga : | ||||||||||||||||||||||||||||||
1. Warna Asas | ||||||||||||||||||||||||||||||
2. Warna Kedua | ||||||||||||||||||||||||||||||
3. Warna Ketiga | ||||||||||||||||||||||||||||||
Warna Asas ialah Warna Biru, merah dan kuning | ||||||||||||||||||||||||||||||
Warna Kedua ialah Warna yang dihasilkan oleh campuran warna asas. Warna hijau, oren, ungu ialah warna kedua | ||||||||||||||||||||||||||||||
Warna Asas | ||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||
Warna Sekunder | ||||||||||||||||||||||||||||||
- | ||||||||||||||||||||||||||||||
|
Tuesday, 9 October 2012
Bentuk 3D Bunga
Saya pernah buat 3D bunga ini , memang senang buat .. kawan-kawan cubalah !
Subscribe to:
Posts (Atom)